Saturday, April 23, 2011

Solat adalah Tiang Agama..

- Sembahyang adalah tiang agama dan kunci segala kebaikan...

   Sembahyang itu tiang agama, sembahyang itu anak kunci segala kebaikan (Riwayat Tabrani)
 
Dari Muaz, r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda :Kepala atau asas agama (yang aku bawa) ini ialah Islam (melafazkan dua kalimah syahadah yang mengesahkan ) dan (dengan itu) sesiapa yang telah Islam: selamatlah dia (dunia dan akhirat); dan (selain itu) tiang agama ialah sembahyang” (Riwayat Tabrani)

Dalam hadith lain disebut…Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi pernah bersabda yang maksudnya, “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama..

DariJabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Dalam satu hadith qudsi disebut “Siapa sembahyang fardhu dalam waktu yang ditetapkan, maka tugas Akulah memasukkannya ke dalam syurga. Kalau mereka tidak melakukannya, terpulanglah kepadaKu.
Sembahyang ialah anak kunci yang ada lima bilah iaitu lima waktu sembahyang. Sembahyang boleh menguatkan zahir dan batin. Dari segi zahir sihat tubuh badan kerana banyak pergerakan. Dari segi batin, ia meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah. Ada orang yang dinaikkan darjah kedudukannya menjadi wali dengan mengerjakan sembahyang sunat dengan banyaknya (selain fardhu) semata-mata kerana Allah, tanpa melalui ilmu tarikat.

Sabda Rasulullah “Wala Yazalu ‘Abdi Yataqarrabu Ilayya Bin Nawafil… sentiasalah ada hamba-hambaku yang mendekatkan dirinya kepadaku melalui sembahyang-sembahyang (sembahyang sunat mutlak- bukan sembahyang mengiringi waktu)





“Ajarkan lah anak mu solat 5 waktu sejak berumur 7 tahun dan rotanlah anakmu jika 

tidak solat ketika berumur 10 tahun”

 * p/s : kpd seluruh hamba2 allah beringat lah kamu " wahai hamba2 allah solat lah kamu sebelum kamu disolatkan". (p/s tok aku skali..)

No comments:

Post a Comment